Pihak media khususnya sudah mengetahui akan kes penceraian yang telah di failkan oleh pelakon Lufya terhadap suaminya iaitu Dr Che Hafiz yang berlangsung pada hari ini.
Prosiding sebutan penceraian itu ditanguhkan ekoran kegagalan suami Lufya iaitu Dr Che Hafiz yang tidak hadir ke Mahkamah Rendah Subang Bestari di Petaling Jaya.
Dunia hiburan kecoh apabila Lufya telah mendakwa bahawa suaminya itu telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap dia dan anaknya Laana Haura.
Namun, menurut Dr Che Hafiz pula dia menafikan sekeras-kerasnya terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya itu.
Menurutnya lagi, dia masih lagi memberi nafkah kepda anak perempuan mereka.
Komen Che Hafiz lagi tentang isu ini :
“Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab… itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami”.
“Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak kami seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak lagi tinggal sebumbung,”
“Saya tidak mahu mengulas mengenai isu tidak hadir ke mahkamah hari ini sebab saya sudah berurusan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak mahkamah melalui surat,”
Enggan mengulas lanjut, Dr Che Hafiz bertindak mengunci mulut dalam memberi sebarang komen tentang kegagalan hadir ke mahkamah hari ini.
Sebagai rekod, Lufya telah pun memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 terhadap Che Hafiz iaitu suaminya pada bulan lalu.
Dia turut mendakwa bahawa suaminya itu telah memukul dirinya serta melakukan pengainayaan terhadap dirinya sejak 3 bulan mereka diijab kabul kan.
Bengang dengan dakwaan yang dikatakan oleh Lufya terhadapnya, Che Hafiz juga bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjernihkan statusnya sebagai seorang doktor dan penjawat awam.
Disebabkan kegagalan Dr Che Hafiz hadir harini, pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 18 November bagi pasangan itu.
Mereka berdua telah berkahwin pada 26 November 2016 serta mempunyai anak perempuan yang berusia dua tahun