“Dosa ambil laki orang ni memang hidup dia tak tenang..” Setepek kena dengan Rita Rudaini

Pelakon cantik jelita iaitu Rita Rudaini ada memuat naik satu entri terbaru di laman media sosial Instagram yang memberi seribu pertanyaan di kalangan netizen.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas siapakah individu yang dimaksudkan, ianay sekaligus menimbulkan tanda tanya buat para netizen di luar sana.

Menerusi satu caption, Rita Rudaini mendedahkan ada individu yang sering sibuk untuk mengingati dirinya dan menggelarnya tidak ada life.

Ini caption dari Rita Rudaini:

“Sistur tak cantik, sistur tak letop mcm sis tapi sisturr ada LIFE. Sis takde LIFE ke? 24jam ingat kt sisturr je. Bangun pagi ingat sisturr, makan ingat sisturr, tido ingat sistur”.

Apabila ramai yang beri komen dan bertanya tentang hal ini, Rita Rudaini tampil memberi respon balas. Tambah Rita, wanita yang hidupnya mengambil suami orang, hidupnya memang tidak akan tenang.

Ini komen Rita lagi:

“Orang yang diselubungi dosa ambil laki orang ni memang hidup dia tak tenang. Dok risau takut laki kene ambil. Sistur kesian hidup depa”

Melihat diruangan komen, kenyataan Rita tersebut menerima respon pelbagai daripada netizen. Ada yang menyokong, ada juga yang merasakan kenyataan tersebut bakal mengeruhkan lagi hubungannya bersama keluarga bekas suami.

Terdahulu, Rita telah menyuarakan hasrat untuk membawa anak-anaknya menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu di kejohanan Piala AFF yang sedang berlansung ketika ini.

Sehingga kini ramai tak tahu ianya ditujukan kepada siapa.

Foto: Instagram Rita Rudaini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here