Zaman sekarang ni memang penuh dengan kesibukkan dan untuk memudahkan orang ramai ada cara simpan makanan bahan mentah secara sejuk beku. Pasti ramai di antara anda yang gemar menyimpan bahan mentah di dalam freezer dalam tempoh masa yang lama.
Tapi adakah bahan mentah tersebut masih lagi elok untuk di makan? Perlu tahu, cara penyimpanan bahan mentah perlu dibuat dengan betul, bimbang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Seorang doktor bernama Dr. Kamarul Ariffin kongsikan cara yang betul untuk menyimpan bahan mentah. Ini adalah amat penting sekali iaitu kebersihan yang menjadi keutamaan. Kata doktor ini jika simpan dengan cara yang betul tiada masalah untuk simpan bahan mentah selama sebulan.
Ini perkongsian doktor tersebut, jom baca:
“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”
Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Bakteria membiak jika ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya
Ini cara yang betul nyahbeku bahan mentah:
1. Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir.
2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
OKlah. Tu je! Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!