Kini tular apabila satu video yang dimuat lain dilaman social Twitter yang menunjukan seorang lelaki yang merupakan seorang doktor telah dibelasah teruk semasa sedang bertugas di sebuah klinik swasta dekat Bangi pagi tadi.
Menerusi rakaman video yang berdurasi lebih 2 minit itu menunjukan bahawa doktor terbabit telah dipukul serta dipijak oleh seorang lelaki yang dipercayai suami kepada skandal doctor terbabit yang juga merupakan seorang jururawat.
Menurut rekod, skandal kepada doctor terbabit telah curang lebih kurang 10 bulan lalu semasa suaminya itu bekerja di Dubai. Video itu telah tular di dalam kalangan warga net serta di pelusuk media social.
Hasil daripada pelbagai risikan maklumat netizen yang juga merupakan kawan rapat suami wanita itu, isterinya pergi ke klinik tersebut dan telah mendapat rawatan kali pertama dengan doctor tersebut.
Dikatakan juga bahawa doktor itu didakwa telah mengorat wanita itu dan pada masa yang sama jururawat itu turut memberi respon terhadap mangsa yang juga telah beristeri.
Komen netizen tentang video tular itu :-
“Si jururawat tak cerdik, konon ‘educated’ pasal tak tahu kamera litar tertutup (CCTV) lif, CCTV lobi, CCTV lif dan CCTV parkir lot bersepah.
“Jadi, si suami balik dari Dubai hari ini datang belasah doktor tersebut,” demikian menurut maklumat yang telah tersebar dalam kalangan netizen di Twitter.
Dalam pada masa yang sama, adik kepada wanita tersebut juga tampil memberi komen tentang situasi sebenar yang terjadi.
Pemilik akuan @Dxniallee di laman social Twitter itu berkatabahawa kakaknya selalu dituduh curang sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.
Komen adik kepada jururawat itu pula :-
“Oleh sebab itu, kakak saya dah tak tahan dituduh dan membuktikan kepada abang ipar saya yang dia berlaku curang.
“Sekali, mimpi abang ipar saya jadi kenyataan dan memang abang ipar saya ada masalah nak percaya dengan kakak saya..tapi saya pun tak tahu, namun seperti yang saya cakap dua dua ada kesalahan masing-masing,”
Menurut akhbar Sinar Harian ada mencuba telefon klinik dimana doktor tersebut bekerja untuk mendapatkan hal sebenar tetapi malangnya pihak klinik tersebut tidak mahu mengulas sebarang komen.