Dobi Meletup Di Klang, Dua Cedera.. Ini Kenyataan Pihak Dobi

Ini satu lagi kes melibatkan dobi layan diri. kali ini berlaku letupan pula di dobi. Semalam, satu insiden hampir meragut nyawa berlaku kepada dua anak beranak yang sedang membasuh baju di sebuah dobi layan diri di Klang.

Kejadian letupan berlaku di sebuah dobi layan diri 24 jam di Jalan 3E, Bandar Putera 2, Klang itu menyebabkan seorang bapa dan anaknya telah melecur setelah berlaku letupan. Kedua-dua mangsa melecur 50% dan 30% di badan. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dan kini sedang dirawat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima laporan.

Apabila memeriksa premis, didapati satu letupan telah berlaku di bahagian simpanan tangki gas di dalam lubang seluas 3 meter persegi. Kedai dobi itu mengalami kerosakan 20 peratus dan punca kejadian masih disiasat.

Menurut jurucakap City Coin Laundry Sdn Bhd, Kelvin Ang, francais di Bandar Putera, Klang itu sudah dipajak kepada pemilik lain, namun masih mengikuti perkembangannya. Ini bukan kejadian letupan pertama membabitkan outlet Laundrybar kerana pada April lalu, berlaku letupan di premis di Jinjang, Kepong menyebabkan seorang wanita berusia 40 tahun cedera.

Dalam kes pertama itu, pihak mereka mengenalpasti punca letupan disebabkan kebocoran gas selepas kerja penyelenggaraan, namun untuk kes kali ini, puncanya belum diketahui dan masih dalam siasatan bomba.

Kata jurucakap berkenaan, mereka sentiasa mengamalkan langkah keselamatan ketat di outlet untuk memastikan keselamatan pelanggan sepanjang masa, namun sangat malang apabila insiden itu berlaku.

Sebelum satu kejadian sama turut berlaku di Jinjang, Kepong pada bulan April lalu menyebabkan seorang wanita melecur 50 peratus. Dalam pada itu, pada Februari tahun ini, satu kedai dobi terbakar akibat gas meletup di Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara, kira-kira jam 8 malam, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here