Baru-baru ini, pelakon Sheila Mambo telah membuat satu update dan memuat naik sekeping gambar seorang pelakon drama di akaun Instagram miliknya.
Sheila Mambo telah membuat pengumuman bahawa pelakon senior bernama Ku Faridah atau nama sebenarnya, Ku Fridah Ku Shafie telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sg Buloh, Selangor.
Kata Sheila, keadaan pelakon drama itu kini semakin lemah akibat menghidap penyakit akibat dari jangkitan paru-paru.
Ini tulisan dari Sheila Mambo:
“AsSalamualaikum.. Doakan buat Ku Fridah bt Ku Shafie Sekrang berada di icu ,keadaan sgt lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan paru, dlm darah.. SubhanAllah..Syafakillah..”
Para netizen dilihat turut bersimpati dan berasa sedih dengan keadaan Ku Faridah. ramai yang menulis komen dan mendoakan bintang drama itu kembali sihat seperti sediakala.
Malah ada beberapa artis tempatan seperti Nad Zainal, Memey Suhaiza, Almy Nadia, dan ramai lagi yang turut terkejut dengan brita berkenaan dan telah menulis komen agar Ku Fridah kembali sembuh.
Sumber: Media Hiburan