Doakan jika mahu saya berubah, bukan kecam – Emma Maembong

Emma Maembong telah menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini dan kemudian setelah pulang, pelakon popular ini menyambut hari lahir dengan tema baju tidur. Ini sekaligus menajdi tumpuan ramai terutama makcik bawang dan juga para netizen.

Pelakon berumur 27 tahun ini telah meminta orang ramai supaya memberinya ruang untuk memperbaiki diri.

Emma Maembong akui dan banyak akur peminat meletak harapan yang tinggi untuk melihatnya berubah, namun dirinya masih belum berupaya memenuhi permintaan mereka.

Ini komen Emma tentang hal ini:

“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik.

“Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

“Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif antara satu sama lain”

Dalam pada itu, Emma Maembong bersyukur hasrat untuk ke Tanah Suci Makkah menjadi kenyataan setelah hampir empat tahun menyimpan impian.

Emma telah mengerjakan umrah ditemani bapa dan kakaknya.

“Alhamdulillah, selepas empat tahun, segala perancangan saya ke Tanah Suci Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya dan bimbang jika belum bersedia, namun saya tetapkan juga hati ke sana,”

“Saya berharap, mereka yang berkemampuan dan mempunyai kudrat supaya tidak menangguhkan hasrat ke Tanah Suci. Selagi diberikan Allah tubuh badan yang kuat dan sihat, jangan lepaskan peluang itu.

“Saya ada mendengar pengalaman rakan yang diuji ketika di sana. Saya hanya berdoa dan memohon kepada Allah supaya segala urusan dipermudahkan.

“Saya turut berdoa supaya ayah diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menyempurnakan semua tuntutan di sana,”

Itulah perkongsian dari Emma. Semoga Emma Maembong bahagia selalu.

Sumber: Emma Maembong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here