Dini Azan Dedah Saat Jatuh Cinta Pada Janna

Dini Azan Schatzmann yang merupakan seorang pelakon baru yang mempunyai darah kacukan melayu-Switzerland telah memberitahu bahawa dia kerap kali membawa Janna Nick bertemu dengan ibunya.

Walaubagaimanapun, dia masih belum memikirkan hubungan ke peringkat pertunangan kerana merasanya hubungan percintaan dengan Janna masih awal.

Dani menceritakan tentang bagaimana dan perasaannya terhadap Janna Nick:

“Selepas beberapa bulan mengenali Janna dan personaliti dia secara serius, saya tiada masalah dan selesa saja untuk berkongsi mengenai kisah cinta kami kepada umum”.

“Setakat ini Janna sudah berjumpa dengan ibu saya beberapa kali tetapi belum berjumpa dengan ayah lagi. Insyallah, satu hari nanti”.

“Mengenai rancangan untuk bertunang itu rasanya masih terlalu awal untuk kami kongsikan. Tapi kalau ada berita baik Insyallah, akan kami kongsikan,”

“Pertama kali saya berjumpa dengan Janna pada Julai tahun lepas semasa kami shooting untuk drama Bukan Cinta Aku. Sejujurnya, ketika itulah sebenarnya saya sudah tertarik dengan karakter Janna, personaliti dan cara dia bekerja.

“Dia banyak membantu saya dengan skrip dan lakonan. Selepas habis set Bukan Cinta Aku, Janna ada hubungi dan minta tolong saya untuk train dia exercise. Masa itu saya jadi coach untuk dia. Sejak itu kami saling mengenali satu sama lain dengan lebih rapat”.

“Apa yang peminat lihat sebenarnya personaliti Janna sangat-sangat berbeza dengan diri sebenar dia. Janna yang saya kenal sangat-sangat caring, lembut dan baik. Itu yang membuatkan saya rasa selesa setiap kali bersamanya”.

“Paling saya kagum adalah cara kerja dia yang begitu fokus. Saya tak pernah jumpa seseorang yang begitu komited dalam bekerja. Saya hormati cara dia menjaga keluarganya. Pada usia yang begitu muda, dia sudah memikul tanggungjawab yang besar itu dengan baik,”

Menurut pelakon kacak itu lagi, dia amat terpesona dengan sikap Janna yang lemah lembut serta penyayang serta cara Janna menjaga tanggugjawab terhadap keluarganya.

Hubungan pasangan ini dikatakan telah mula serius sejak dari bulan Jun tahun lepas tetapi dia tidak mahu menceritakan pada umum kerana risau kisah percintaan mereka menjadi bualan netizen berbanding mutu kerjaya lakonannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here