Dikatakan kekasih baru kepada Rashidi Ishak… Ini komen wanita ini

Semalam, satu gambar yang dimuat baik pelakon Rashidi Ishak bersama seorang wanita di laman sosial IG miliknya menjadi persoalan orang ramai.

Ramai tertanya-tanya adakah pelakon itu sudah mempunyai pengganti sebagai kekasih hati yang baru.

Rashidi Ishak yang kini dah pun sembilan bulan bercerai dengan pelakon Vanidah Imran itu menulis di ruangan komen wanita yang dikenali sebagai Mishael Lee itu dengan menggunakan tanda pagar seolah-olah patah hati.

Ini tulis Rashidi Ishak: “#imhurtyoujustfriendzonedme (saya sakit anda ‘friendzone’ saya)

Namun begitu, Rashidi Ishak telahpun memadam gambar berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik di laman instagramnya. Ini kerana banyak spekulasi yang timbul tentang kononnya mereka berdua ada hubungan.

Pelakon filem ini yang dihubungi oleh pihak media diliat tak mahu mengulas lanjut tentang hubungan itu.

Ini komennya:

“Saya tidak mahu komen apa-apa, ini bermakna awak tidak akan dengar apa-apa daripada saya,”

Sementara itu, wanita berkenaan turut ada memuatnaik gambar bersama Rashidi Ishak.

Wanitu itu kemudian telah menjelaskan hubungannya dengan Rashidi tidak lebih daripada kawan.

“Kepada pengikut saya, anda patut tahu saya dan Rashidi tidak dating. Kami baharu sahaja berjumpa dan saya jelaskan bahawa kami hanya kawan,”

“I just think as my followers, you all deserve to know that @rashidi_ishak & I are not dating. We only met each other recently and we’ve decided that we are nothing but friends.

“I never hesitate to delete idiotic comments or block you and I’ll most definitely tell you when I find the one. So you can all stop being rude and stop jumping to unnecessary conclusions.”

Untuk pengetahuan, Rashidi telahpun umumkan penceraian dengan pelakon Vanidah Imran selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.

Sumber: mStar / Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here