Selebriti pengacara popular Azwan Ali mengamuk kerana menerima layanan buruk apabila hanya mendapat RM300 (100 dollar Singapore) apabila menjayakan satu program hiburan di Singapura hujung bulan Disember tahun lalu.
Kata Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA, dia berasa amat terhina kerana hanya dibayar 100 dollar Singapura iaitu sekitar RM300 untuk menghadiri satu majlis di negara jiran.
Majlis berkenaan turut dihadiri penyanyi Datuk Nassier Wahab, Datuk Khatijah Ibrahim dan penyanyi Singapura, Rahimah Rahim.
Ini pendedahan Azwan Ali:
“Kunjungan saya ke Singapura adalah sekadar untuk bercuti menyambut tahun baru 2019, namun bertukar tragedi apabila seorang selebriti Singapura meminta saya untuk menghadiri program yang dianjurkannya.
“Pada awalnya dia ada bertanya berapa bayaran, saya meminta sebanyak 3,500 dollar Singapura,”
Azwan Ali amat terkejut apabila menerima jumlah sagu hati yang diperoleh jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkannya.
Ini jelasnya lagi:
“Sekurang-kurangnya saya harapkan 500 dollar Singapura. Memanglah pada awalnya saya tak sebut harga kerana menghormati penganjur.
“Untuk hormat orang, saya tak cakap nilai…tapi gunakanlah otak! Saya ada sebut berilah jumlah yang bersesuaian,”
Tambah Azwan dia sukar untuk menerima sebarang permohonan maaf daripada selebriti dan juga bekas penyampai radio terkenal Singapura itu dan mengatakan biar perkara berkenaan dihitung di akhirat kelak.
Ini komennya lagi:
“Saya menolak semua usaha berbaik dengan individu ini, saya mahu di dihisab di padang Mahsyar kelak.
“Dia akan menerima segala balasan tuhan kerana ‘makan’ duit saya”
Azwan Ali memuat naik beberapa posting di laman IG miliknya dengan caption yang agak marah dengan perkara tersebut.
Ini caption Azwan Ali di IG:
“AKU TAK HADAP PUN BUAT SHOW BODOH KO?
KO PEDAJAL TOKENS ING 100 DOLLAR?
GTH LAH ANJING GLAMOUR!
KO GLAMOUR KER? EEE JIJIK LAH SINGAPORE BANGSAT CAM KO !
BUT DIVA AA SO PROUD TO
BUMP 2 LEGEND”
Itulah yang berlaku kepada Diva AA.
Ini video temubual dengan portal mStar
Sumber: mStar