Diana Danielle pergi melawat Farid Kamil di Penjara Kajang.. Ini keadaannya

Adik kepada Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari (suami Yana Samsudin) memberitahu abangnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang kini kelihatan lebih tenang.

Menurut Fadzil, ketika menemani kakak iparnya iaitu Datin Diana Dianelle yang telah pergi melawat suaminya itu baru-baru ini.

Bercerita tentang keadaan abangnya itu, pelakon berkenaan kelihatan seperti sudah menerima keadaan dan reda dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah.

Ini komen Fadzil Zahari:

“Saya dan Diana pergi melawat Farid di Penjara Kajang. Alhamdulillah, dia sudah kelihatan lebih tenang dan kuat berdepan dengan dugaan ini.

“Sebelum ini memang nampaklah dia sedih. Tapi sekarang, dia dah reda dengan keputusan mahkamah,”

Kata fadzil lagi, dia masih berharap agar abangnya itu dapat menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga.

Jelasnya, mereka sekeluarga juga masih dalam keadaan terkejut dengan keputusan mahkamah pada 15 Mei lalu namun tidak pernah putus harapan.

Tambahnya, peguam Farid Kamil iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dalam proses membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman terhadap pelakon dan pengarah itu.

Ini jelas Fadzil lebih lanjut:

“Ibu bapa saya amat bersedih dengan berita ini tapi mereka sentiasa berdoa supaya ada keajaiban berlaku dalam tempoh kurang dua minggu sambutan hari raya.

“Malah, ada juga dalam kalangan keluarga dan kenalan terdekat yang turut menganjurkan solat hajat. Buat masa sekarang, peguam masih usahakan untuk rayuan.

“Saya pun tak boleh nak mengulas lebih lanjut mengenai rayuan untuk membebaskan atau menangguhkan hukuman Farid itu,”.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara sembilan bulan dan berada bawah pengawasan selama dua tahun kerana menggunakan bahan terlarang pada Januari tahun lalu.

Semoga keluarga Farid Kamil tabah dengan dugaan ini.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here