Diana Danielle Memilih Untuk Bagi Anak Belakon

Menurut pelakon Diana Danielle dia masih lagi tidak yakin bagi membenarkan anak lelakinya, Muhammad yang baru berusia 6 tahun untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan secara aktif.

Menurut Diana Danielle Danny Beeson lagi dia merasa bimbang dengan kemasyuran dunia glamor yang akan melalaikan anaknya itu.

Komen Diana lagi:

“Nak kata eksklusif itu tidak juga. Cuma saya sayangkan anak, bukan nak letakkan dia dalam apa-apa level… cuma saya akan fikir mana yang terbaik untuk dia.

“Kalau saya rasakan ia sesuai, baru saya akan terima. Bukan tidak benarkan berlakon… cuma saya tak mahu jika perkara itu boleh melalaikan dia.

“Budak-budak kalau dia dah dapat merasa duit sendiri… dan rasa dah berlakon filem, akan terlupa dengan apa yang lebih penting dalam hidup dia,”

“Muhammad memang mini Farid… minat dia terhadap motosikal sangat mendalam. Kalau orang lain main motorcross satu jam, dia akan main sampai empat jam. Dia memang mat motor sebenarnya.

“Kami masukkan dia dalam filem itu selepas tengok minat dia dan kami tak pernah paksa. Kalau dia tak minat motor, mungkin dia takkan ada dalam filem itu. Tapi disebabkan dia suka, jadi dia ada semangat untuk berlakon.

“Cumanya benda macam ni terlalu muda untuk dia faham. Saya nak dia relax dahulu. Biarlah dia dah pernah dapat rasa sekali dalam production ayah dia, tidak mengapa,”

“Minggu pertama berlakon memang agak memenatkan untuk dia kerana masih belum faham. Tetapi minggu-minggu seterusnya dia okay sahaja.

“Yang penting dia naik motor walau tunggang terbalik macam mana pun, Alhamdulillah tiada luka-luka.

“Kalau kita gilapkan minat dia dengan betul, mungkin dia boleh terlibat dengan sukan motosikal lasak dan wakili negara, kita tak tahu,”

Dia dan suami, Datuk Farid Kamil telah membuat keputusan untuk menampilkan Muhammad menerusi filem Remp-It 2 selepas ketahui bahawa minat anak lelakinya yang suka terhadap dunia permotoran.

Sebagai ibu, Diana mengakui bimbang dengan beberapa babak lasak yang dilakonkan anaknya tapi dalam masa yang sama dia menyokong minat  Che Mad dalam sukan motor lasak, motorcross.

Wahh! Cayalah Che Mad tak sangka dia sangat minat dengan sukan lasak macam ni ye. Sebagai rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 3 November 2012 dan mempunyai  dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here