Diana Danielle kena blacklist.. Tunggakan cukai pendapatan dianggarkan sebanyak RM350,000

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tak puas hati kerana namanya disenarai hitam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ketika dihubungi pihak wartawan tak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang setiap luahan kekesalannya terhadap LHDN di Instagram Story, baru-baru ini.

Ini komennya:

“Saya dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan”

“No komen. Semua saya dah luahkan di Instagram”

Sebelum ini, Diana meluahkan rasa tidak puas hati di akaun Instagram miliknya terhadap tindakan pihak LHDN yang dikatakan telah mengenakan sekatan ke luar negara kepada pelakon berkenaan.

Ini kerana Diana Danielle khabarnya mempunyai tunggakan cukai pendapatannya dianggarkan sebanyak RM350,000.

Pelakon yang popular menerusi drama Janji Diana dan filem Evolusi KL Drift membuat luahan hati menerusi Instagram Story mendakwa LHDN tidak berhak meminta dia membayar tunggakan cukai pendapatan itu sehingga agensi terbabit membayar ‘hutang’ sebanyak RM100,000 kepadanya yang dituntut sejak setahun lalu.

Dari Ig story miliknya itu, Diana Danielle mendakwa dia diminta membayar RM350,000 oleh LHDN sedangkan dia belum mengemukakan sebarang dokumen.

Bagaimanapun, hasil perbincangan Diana Danielle bersama LHDN menyebabkan jumlah itu dikurangkan kepada RM150,000.

Malah, dia mendakwa LHDN memintanya membayar secara ansuran sebanyak RM11,000 setiap bulan.

Diana memaklumkan dia hanya mengetahui dirinya dikenakan sekatan ke luar negara ketika mahu ke Jepun atas urusan kerja, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia diminta membuat bayaran ‘upfront’ sebanyak RM70,000 terlebih dulu bagi membolehkan dirinya dibenarkan ke luar negara.

Itulah hal yang berlaku kepada Diana Danielle baru-baru ini. Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here