Dia yang mahu letak jawatan – Ini komen dari Tun Mahathir

Datuk Osman Sapian kini disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir berkata lagi, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menyerahkan dua surat peletakan jawatan itu kepadanya dalam pertemuan semalam di Putrajaya.

Satu lagi surat diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ini kenyataan dari Tun Mahathir:

“Menteri Besar Johor sudah meletak jawatan semalam, dengan surat diserahkan kepada saya dan surat itu juga akan dihantar kepada Sultan Johor.

“Kita belum menentukan siapakah penggantinya tetapi mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH), Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Buat sementara waktu, Johor tidak ada Menteri Besar. Kita (mungkin) akan lantik pemangku,”

Berkata lanjut, Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, menteri besar yang baru akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mempertimbangkan beberapa orang calon.

Berkaitan alasan diberikan Osman berhubung peletakan jawatannya, Perdana Menteri belum mahu mendedahkannya.

“Ada alasan yang diberikan, kami akan beritahu kemudian. Dia mahu meletakkan jawatan dan kami menerimanya”

Berkaitan Sultan Johor, ditanya sama ada Osman ada menghadap Sultan Ibrahim semalam, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: “Dia (Osman) menghadap ‘DYMM’ Mahathir Mohamad dengan dua surat. Satu surat kepada saya untuk menyatakan peletakan jawatannya, dan satu lagi surat ialah untuk Sultan Johor dan saya berhak membacanya,”

Sebelum ini, desas-desus tentang peletakan jawatan Osman itu bertiup kencang sejak beberapa hari lalu dan memuncak apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor itu bertemu Dr Mahathir di Putrajaya semalam.

Pertemuan tersebut berlangsung selama kira-kira 30 minit mulai jam 5.45 petang.

Ketiadaan Osman pada sesi pemukiman hari ini menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan berundur sebagai Menteri Besar Johor.

Sumber: BH / HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here