“Dia ugut nak potong rambut dan cucuk mata saya”

Pelakon jelita Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia telah banyak menerima mesej dan foto yang kurang sopan daripada wanita dan lelaki di laman media sosial Instagram.

Fatin Afeefa berkata dia terpaksa mendedahkan salah satu mesej tersebut selepas menerima ugutan daripada seorang wanita.

“Saya dapat banyak mesej dan foto terlampau bukan sahaja daripada lelaki tapi wanita juga. Kalau ikutkan, saya memang tak layan pun dan biarkan sahaja.

“Tapi ada seorang ini pada mulanya dia mesej bertanyakan fasal bulu mata saya. Selepas itu tiba-tiba dia maki dan menghantar foto tanpa seurat benang kepada saya.

“Saya dedah perbualan itu sebab dia ugut kata nak potong rambut dan cucuk mata saya kalau jumpa saya di tengah jalan,”

Pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin ini yang kini berumur 24 tahun berkaat sedemikian ketika diminta mengulas tentang foto perbualan dengan seorang wanita yang menghantar gambar terlampau kepadanya di laman sosial.

Kata Fatin Afeefa lagi, ramai orang salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dia tidak berminat pada lelaki.

Menurut pelakon ini, dia lebih selesa dengan kehidupannya kini tanpa memerlukan seorang lelaki di sisi.

“Ramai wanita salah faham dengan kenyataan saya sebelum ini. Sebab itu mereka ingat saya ini les(suka perempuan).

“Tapi maksud sebenar saya itu, saya selesa dengan kehidupan sekarang dan tak terfikir untuk berkahwin pun,”

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Dalam perkembangan seninya, Fatin Afeefa bakal mengeluarkan single pertama yang masih belum diketahui judulnya pada Januari atau Februari.

“Insya-Allah saya akan keluarkan single pertama pada Januari atau Februari. Lagu dah siap dalam 90 peratus tapi tajuknya nanti saya beritahu,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here