Penceramah bebas yang juga bekas peserta Pencetus Umma iaitu PU Syed telah tampil memberi pendapatnya tentang isu pelakon Emma Maembong membuka tudung dan tidak lagi menutup aurat.
PU Syed meluahkan rasa pelik dengan tindakan Emma itu walhal pelakon berkenaan ada mengatakan tindakannya membuka tudung itu bukanlah perakara yang baik tetapi Emma tetap buat juga.
Ini komen Pu Syed tentang isu ini:
“Tiada apa komentar ambe terhadap beliau ini kecuali memulakan dgn mengucapkan InnaLillahi wa inna ilayhi raji’un
“Dosa beliau dgn Tuhan katanya, inilah ungkapan yg sangat berani.
“Sering kali kita cerita sifat kasih sayang Allah yg akan menerima taubat hamba²Nya. Namun jangan dilupa bahawa azab Allah juga amatlah pedih.. Zaman dahulu umat Islam sanggup mempertaruhkan nyawa utk jaga kesucian syariat Allah.
“Tindakan ini walaupun dia sendiri tahu ianya tidak baik, tapi tetap melakukannya juga, jelas di sana satu tindakan yg sgt pelik.
“Semoga dia u turn kembali dari keputusannya itu. Kerana dalam islam, umatnya kena patuh perintah dan larangan Allah samada mereka suka atau terpaksa.
“Cara nak istiqamah dlm berubah, seseorang itu mestilah mencari insan² baik yg boleh menasihatinya dgn betul serta bersama dengan org yg nak berubah.
“Bersahabat dgn mereka dan bukanlah mencari seseorang yg memesongkan kita dari kebenaran. Apatah lagi dari syariat Allah.
Itulah penjelasan dari PU Syed.