“Dia seakan tidak bersyukur..” – A. Aida bidas kenyataan Reza Hasbi

Penerbit popular Datuk A. Aida meluahkan rasa kesal dengan kenyataan dari pelakon Reza Hasbi yang menuduh syarikat produksinya (A. Aida Productions Sdn Bhd) sebagai punca dia tidak menerima tawaran berlakon.

Jelas A. Aida, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya.

Ini komen A. Aida:

“Saya tak sangka Reza boleh mengeluarkan kenyataan menyalahkan pihak produksi saya menjadi punca dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

“Niat saya ingin membantu tapi dia seakan-akan tidak bersyukur. Sepanjang dia menjadi artis bawah produksi A Aida Productions, saya pernah beri peluang tiga kali untuk dia berlakon dalam karya syarikat saya.

“Selain itu, jika ada mana-mana drama lain atau telefilem mesti saya akan selitkan dia juga sama ada sebagai pelakon pembantu atau salah seorang pelakon utama,”

A. Aida diminta mengulas luahan Reza yang berasal kesal dengan sebuah syarikat pihak produksi yang dinaunginya kerana tidak membantu melancarkan perjalanan karier pelakon ini dalam bidang lakonan dan kini dia hilang punca pendapatan.

Reza Hasbi turut mendedahkan dia kini duduk dengan ibu bapa selain meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupannya disebabkan tidak menerima tawaran berlakon lebih dua bulan.

Dalam pada itu, A. Aida memberitahu dia pernah menasihati pelakon berkenaan untuk berusaha dan mencuba dalam bidang lain seperti perniagaan tetapi Reza tidak berbuat demikian sebaliknya terus mahu terlibat dalam dunia lakonan sepenuh masa.

Jelas A. Aida, dia memutuskan untuk tidak lagi menyambungkan kontrak Reza dengan syarikatnya memandangkan pelakon itu tidak menghargai bantuannya selama ini.

Ini komen A. Aida lagi:

“Saya ambil dia sebagai artis bawah pengurusan produksi saya sebab dia ada bakat dan saya beri peluang dia berlakon dalam beberapa drama saya.

“Sampaikan stesen TV pun persoalkan kenapa saya kerap ambil pelakon yang sama? Tapi mungkin tiada rezeki dia dalam bidang ni.

“Saya pernah nasihat agar dia cuba sesuatu kerja yang ada gaji tetap dan jadikan lakonan ini sebagai hobi sampingan sahaja.

“Sepatutnya kontrak dua tahun dan setahun atas budi bicara tapi bila benda ni jadi, saya tidak mahu sambung kontrak dia,”

Itulah penjelasan dari A. Aida.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here