Uqasha Senrose yang pernah terpalit dengan isu membuka tudung merasakan dia tidak layak untuk memberi sebarang nasihat kepada Emma Maembong yang berhadapan isu serupa.
Pelakon berumur 27 tahun ini berkata dia tahu Emma Maembong seorang wanita yang kuat namun dia sentiasa mendoakan pelakon berkenaan tabah hadapi dugaan selepas membuka tudung.
Ini komen Uqasha Senrose:
“Sejujurnya saya tidak layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada Emma. Itu adalah keputusannya dan setiap keputusan yang dibuat mesti ada sebab tersendiri.
“Saya tahu dia seorang yang kuat. Apa yang boleh saya katakan dia kena sentiasa kuat dan tabah untuk menempuh apa sahaja dugaan selepas ni,”
Uqasha Senrose berharap semua netizen berhenti mengaitkan dia dengan isu Emma kerana mereka mempunyai sebab yang berbeza biarpun melakukan perkara yang sama.
Ini jelasnya lagi:
“Saya harap semua orang berhenti kaitkan saya dengan isu Emma buka tudung dengan benda-benda yang lepas. Benda tu mengarut nak kaitkan benda yang dah lalu dengan sekarang.
“Kesilapan itu dilakukan sendiri oleh dia dan saya juga melakukan kesilapan atas diri sendiri juga. Bukan disebabkan sesiapa pun.
“Masing-masing ada bahagian ujian yang berlainan. Saya dah lalui perkara itu dan ia tidak perlu diungkit kembali,”
Selepas kontroversi gambar tidak berhijab bersama abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah tersebar, Emma Maembong telah memilih untuk tidak lagi memakai tudung.
Katanya, dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.
Sebelum ini, Uqasha Senrose pernah menjadi perbualan ramai apabila dia mengambil keputusan untuk membuka tudung pada Ogos 2016 selepas tiga tahun berhijab.
Kini giliran pelakon Emma Membong mengambil langkah yang sama iaitu membuka tudung selepas lima tahun bertudung.
lol…kata2 motivasi supaya tayang kepala tak berhijab????bengong ke apa?????