Isteri kepada Aman Graseka iaitu Reena Areena mengaku dirinya terpikat dengan sikap suaminya yang dilabel sebagai seorang yang romantik dan amat penyayang.
Walaupun perbezaan umur yang jauh akan tetapi, ianya bukanlah satu halangan buat mereka untuk mengecapi bahagia.
Ini komen Reena Areena yang merupakan seorang pelakon dan model sambilan:
“Alhamdulillah, saya senang dengan sikap dia. Keluarga saya juga begitu. Dia seorang yang romantik dan penyayang.
“Bagi saya, usia bukanlah satu masalah besar. Apa yang penting, kami dapat membina persefahaman yang baik,”
Untuk pengetahuan, Reena dan Aman Graseka telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 18 mac tahun lalu dalam satu majlis di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Reena dan yang kedua buat Aman Graseka yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Mas Idayu.
Namun perkahwinan antara Aman Graseka dan Mas Idayu tak kekal lama dan hanya mampu bertahan selama 10 tahun. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nurdayini Ashiqah, 20 tahun.
Tentang pertemuan antara Aman Graseka dan Reena, pasangan ini bertemu ketika kedua-duanya terlibat dalam satu drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun lepas.
Mereka juga tak tunggu lama, malah mereka tak bertunang sebaliknya terus bernikah.
Aman Graseka berkata, sebelum ini, dia langsung tak pernah terdetik untuk cari jodoh namun, perasaan ingin kembali berumah tangga hadir selepas bertemu dengan Reena.
Ini jelas Aman Graseka:
“Bohong kalau selama 15 tahun bersendirian, saya tidak berkawan dengan gadis lain. Tetapi, pintu hati saya tidak terbuka untuk berumah tangga lagi. Saya juga tidak pernah menjalin hubungan secara serius selepas bercerai.
“Dalam bercinta, saya suka wanita yang lebih muda, sebolehnya belum mencecah usia 30 tahun kerana ia memberikan cabaran dalam perhubungan. Cabaran itu membuatkan cinta tidak mudah pudar dan membosankan.
“Disebabkan itu, saya mengelak daripada menjalin cinta dengan wanita matang kerana pada saya, hubungan itu kurang rencah dalam mewarnai hidup,”
“Saya mula terfikir untuk mencari wanita yang boleh menjaga makan minum dan sakit pening saya apabila hari tua.
“Kuasa Allah mempertemukan saya dengan Reena ketika menjalani penggambaran drama Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production Sdn Bhd pada April lalu di Perlis.
“Secara jujur, saya sudah malas mencari jodoh tetapi, apabila bertemu Reena, hati saya memang terpaut. Biarpun masih muda, dia boleh mengikut rentak saya. Perbezaan usia selama 22 tahun juga tidak menghalang kemanisan dalam perhubungan kami.
Sumber: SINAR HARIAN