Di Sebalik Karnival Usahawan Desa Besar Besaran Pada 4-6 Disember 2020.. Inilah Dia 7 Aktiviti Awesome Menanti Korang.. Seriusss Memang Best..!!

Bermula 4-6 disember 2020 ini, orang ramai boleh mula bershopping sakan pada Jualan Mega di Karnival Usahawan Desa 2020 (eKUD) yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Apa yang bestnya sepanjang kemeriahanan digital ini, bukan hanya boleh shopping sakan namun banyak aktiviti yang menarik disediakan untuk korang. Selalunya kita nampak aktiviti jualan hanya sekadar menjual barang namun di Karnival Usahawan Desa, korang disediakan dengan pelbagai slot yang berlainan mengikut kesesuaian korang. Dari kanak – kanak sehinggalah ke dewasa. Belum lagi bahagian bershopping sambil duduk kat rumah je haa. Tak payah nak berebut beramai – ramai untuk beli barang.

Antara aktiviti yang disediakan adalah demonstrasi memasak bersama tetamu jemputan istimewa iaitu Chef Zam pada 5 disember 2020 jam 3.15 petang sehingga jam 4.15 petang. Keesokan harinya pula, Chef Zam akan memasak pada jam 11.15 pagi – 12.15 tengahari bersama dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Yb. Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Korang yang nak tengok sesi memasak bolehlah simpan tarikh dan masa sesiap supaya tak terlepas nanti.

Pada 4 Disember 2020, untuk korang yang tengah nak belajar cara untuk berbisnes dengan lebih baik secara digital, jangan lupa jam 9.00 pagi -1.00 tengahari, nantikan kemunculan tetamu istimewa yang akan berkongsi cara tarik pelanggan dan naikkan sales korang selama 2 jam.

Bagi korang yang suka bershopping, pastkan 3 hari ini tak terlepas ye sebab korang boleh dapatkan Push Vaucer untuk bershopping di Lazada dan juga Shopee.

Malah bagi mereka yang mencari aktiviti untuk anak-anak, korang boleh masu ke slot Siri Zoo Maya bersama dengan G2G Animal Garden yang berlangsung selama 3 hari tak henti. Tak lupa juga kemeriahan digital ini diserikan dengan Siri Laman Ternakan bersama Lembu Sado.

Pada sesi malam 4 disember 2020 pula, korang boleh bersantai di Kecoh-Kecoh EKUD@KPLB bersama Hazeman Huzair pada 9.00 malam -10.00 malam dan Mawar Rashid pada 5 disember 2020 manakala Fikri Ibrahim pada 6 disember 2020.

Untuk peminat Upin Ipin pula, inilah masanya untuk korang kenal pengasas Upin Ipin dengan lebih dekat iaitu Haji Burhanuddin Radzi; pemilik Les Copaque yang akan berkongsi kisah kejayaan bersama korang.

Nantikan Jualan Mega eKUD@KPLB kerana setiap program disediakan insentif menarik dan juga cabutan bertuah hanya pada 4.6 disember 2020. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.ekud.my. Sertai sekarang untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik nanti.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here