Kereta jenama produa iaitu Myvi sering kali kita dengar mengalami kemalangan jalan raya yang disebabkan dipandu secara laju.
Terkini apabila satu video yang dirakam oleh dashcam telah viral di media sosial apabila kereta Myvi tersebut telah mengalami kemalangan yang melibatkan dua buah kereta sekaligus.
Jelas kelihatan dalam video tersebut, pemandu kereta jenis Myvi itu telah di pandu secara laju dan melulu dan dilihat bergesel dengan kereta Myvi hitam di hadapannya sekali gus melanggar kedua-dua kereta tersebut.
Menerusi perkongsian itu, vedio yang berdurasi lebih kurang 2 minit yang dimuat naik dilaman sosial Facebook page Info Roadblock JPJ/Polis itu telah viral.
?????? ????????? ???? ????? ???? ???? ??????Rakaman dashcam kes kemalangan berlaku pada petang semalam 02-Oct-2019 di Lebuhraya KESAS arah Shah Alam..#IRJP#Inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 3 October 2019
Rata-rata para netizen telah mengecam tindakan pemandu Myvi berwarna biru tersebut. Jelas kelihatan pemandu tersebut memandu secara laju dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Kemalangan itu berlaku lebih kurang pukul 5.58 petang Khamis (2 Oktober 2019) di Lebuhraya Kesas dan telah mengakibatkan tiga buah kenderaan.
Apa yang di paparkan oleh video dashcam itu jelas kelihatan bahawa kereta Myvi biru itu dibawa dengan laju di bahagian lorong kiri dan seolah-olah sedang berlumba dengan kereta yang berada di belakangnya dimana hadlaju yang terpapar adalah 90/kmj.
Disebabkan sikap pemandu Myvi yang tidak menghiraukan keselamatan pemandu jalan raya lain dia telah salah bajet untuk memotong kereta Myvi lain dihadapanya dan telah berlakunya pergeselan dan melanggar Myvi hitam itu.
Turut di lanngar oleh Myvi biru itu juga telah melanggar sebuah kereta Honda City model 2005. Produoa Myvi tersebut telah terpsuing dan akhirnya tersadai di bahu jalan.
Akibat daripada rempuhan itu, kereta Myvi tersebut telah remuk serta tayarnya turut . Dua lagi kereta yang turut dilandar oleh pemandu itu turut rosak dan kemik.
Walaupun dilihat kemalangan itu amat teruk tetapi tiada kemalangan jiwa serta ada yang cedera akibat insiden tersebut.