Demi Kekasih Hati, Lelaki Ini Sanggup Buat 4 Kerja.. Kumpul Duit Nak Kahwin

Demi kekasih hati, seorang lelaki yang ingin mengumpul wang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu sanggup bekerja keras dan melakukan 4 kerja yang berlainan.

Kalau bagi sesetengah individu, satu pekerjaan sudah cukup untuk buat mereka penat, lelaki ini buat empat kerja untuk mengumpul wang.

Lelaki berkenaan berumur 24 tahun dan berkongsi kisah itu menerusi laman media sosial Twitter. Namanya ialah Amin Fadhil Shaari. Kisah Amin telah menarik perhatian para netizen di luar sana.

Amin yang berasal dari Wangsa Maju bekerja keras kerana menyimpan impian untuk membina masjid dan berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

ini tulisnya:

Hi,semua, sy tengah struggle nk cari duit kahwin so pagi-petang sy buat foodpanda, petang-malam saya buat repair iphone. Pada masa sama saya meniaga pasar malam jual air koko, then tolong family niaga baju dkt jln TAR. Minta jasa kalau terbaca twit mohon. RT UNTUK REZEKI DUIT KAHWIN SY

Ini komennya:

“Sebelum ini saya buat tiga kerja sahaja. Saya menawarkan perkhidmatan membaiki telefon, berniaga air koko di pasar malam dan membantu keluarga jual baju di Jalan Tun Abdul Razak (TAR).

“Sekitar sebulan lalu, saya tambah lagi satu kerja, saya buat khidmat penghantaran makanan Foodpanda.

“Bagi saya, makin cepat saya kumpul duit tu, lagi cepat majlis kahwin dapat dilangsungkan. Kalau boleh nak dipercepatkan”

Amin juga alngsaung tak menduga perkongsiannya di Twitter berupaya membuka peluang rezeki dan membantu dirinya mengumpul pelanggan baru. Tweet dari Amin menerima reaksi luar biasa netizen apabila ia menerima lebih 21,000 perkongsian atau retweet.

“Kalau sebelum ni, perkhidmatan membaiki telefon yang saya usahakan menerima sekitar tiga atau empat pelanggan je dalam seminggu. Selepas viral, dalam sehari saya dapat tiga empat orang. Kuasa viral kalau digunakan dengan betul, pastinya bermanfaat”

Rata-rata netizen turut memberi kata-kata sokongan dan menyifatkan usahanya sebagai satu pengorbanan yang mulia. Tentang respon positif dari netizen yang memuji dirinya, Amin mengakui terharu dengan sokongan yang diberikan.

“Setakat ini saya tak pernah rasa nak putus asa walaupun buat empat kerja. Kalau penat, tidur. Bangun esok OK lah. Saya terharu ramai yang doakan saya, jadi pelanggan saya. Terima kasih sebab bagi sokongan dan sudi bagi rezeki pada saya”

Semoga sukses buat Amin!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here