Deja Moss Tak Suci.. Lafaz Cerai Terpaksa Tangguh

Ini berita terkini tentang kes perkahwinan penyanyi Deja Moss yang sedang berantakan. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menanngguhkan tarik dan telah menetapkan 24 Oktober depan bagi tarikh lafaz cerai antara penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad.

Hakim Syarie, Noranizan memngumumkan keputusan berkenaan setelah mendengar laporan penuh dari pihak Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga pasangan berkenaan.

Apabila mendengar laporan penuh dari pihak JKP kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati JKP gagal mendamaikan rumah tangga pasangan ini. Hasil laporan ini juga berlakunya shiqah termasuk pasangan telah tidak tinggal sebumbung serumah dan dikatakan sudah berlaku selama setahun.

Pada masa sama, tarikh itu juga ditetapkan apabila Deja Moss selaku defendan berada dalam keadaan tak suci ketika ini dan lafaz cerai terpaksa ditangguh. Sumianya Deja Moss, Azfendy Azzuddin Ahmad bersama peguam hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Deja Moss yang ditemui berkata dia telahpun redha dengan keputusan berkenaan dan amhu meneruskan kehidupannya.

“Pada awal-awal dulu memang saya rasa sedih dan kecewa dengan perkara ini tapi sekarang saya sudah terima dan kehidupan perlu diteruskan,” .

Pada 5 Mac yang lepas, suami Deja Moss, Azfendy telah memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja. Penyanyi berkenaan turut hadir bersama peguam Halimatunsaadiah dan rakan baiknya, Dr Azuridah kira-kira pukul 10.50 pagi.

Deja Moss menegaskan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.

Sebelum ini Deja Moss mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Azfendy telah retak dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Untuk pengetahuan, pasangan ini bernikah pada tahun 2008. Mereka telah berkawan dan mengenali hati budi masing-masing selama 10 tahun sebelum berkahwin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here