Datuk Ramli MS Jelaskan Kenapa Zamani Masuk Final Walaupun Salah Nyanyi, Lupa Lirik

Juri Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS akui telah potong banyak markah kepada Zamani ketika dia membawakan lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abd Halim yang dilihat agak tak menjadi.

Namun, Ramli MS yang lebih mesra disapa Tok Ram berkata, dia terpaksa akur apabila telah memberikan markah yang banyak kepada Zamani menerusi persembahan kedua yang amat hebat menyanyikan lagu Dimatamu nyanyian asal Sufian Suhaimi.

Ini komen Tok Ram:

“Perlu difahami bahawa penilaian markah malam ini adalah berdasarkan dua persembahan. Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan yang pertama… Dia hilang 65 markah daripada saya.

“Malah, markah dia pada persembahan pertama lebih rendah daripada Hetty Sarlene dan Forteen. Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui telah memberinya markah yang banyak.

“Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima”

Persembahan pertama Zamani menyaksikan penyanyi itu gagal membuat persembahan dengan baik di bahagian pertama kerana kelihatan seperti lupa lirik. Malah, lebih mengejutkan, Tok Ram langsung tidak mahu memberi sebarang komen selepas selesai Zamani membuat persembahan.

“Selalunya, bila saya tak mahu komen itu maknanya maaflah, memang sudah boleh terkeluar. Tapi, situasi berbeza terjadi kepada Zamani, meskipun dia gagal menyanyikan dengan baik, tetapi dia berjaya selesaikan persembahannya. Dia juga memberikan persembahan terbaik menerusi lagu kedua, Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi”

Zamani berjaya mara ke peringkat akhir bersama Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan juga kumpulan duo Billy Zulkarnain.

Peserta Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen diumumkan sebagai peserta yang gagal ke peringkat akhir.

Peringkat akhir Gegar Vaganza musim kelima pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 9 malam.

Ini videonya:

#MHLive sidang media GV5 semi sejurus saingan semi final yang menyaksikan Zamani turut tersenarai sebagai peserta final. Sila tonton!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 11 November 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here