Dato Seri Najib Razak Lucu Dengan Kenyataan Syed Saddiq Tentang Isu Tol Percuma

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah terhibur dan berasa lucu dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ini berkaitan tentang isu penghapusan tol atau mahu buat tol percuma.

Syed Saddiq sebelum ini ada mengatakan bahawa ketika membuat manifesto, mereka tak tahu bahawa kewangan sangat teruk sehingga akhirnya kerajaan baru tak mampu untuk menghapuskan tol.

Bagi DS Najib Razak, pembangkang dulu asyik menuduh kerajaan ketika di bawah pemerintahannya akan bankrap tetapi dalam manifesto mereka menjanjikan hapus tol kepada rakyat.

DS Najib turut menyatakan bahawa Pakatan Harapan tahu kedudukan kewangan negara melalui salinan dokumen ketika pembentangan bajet atau di laman rasmi kerajaan.

Ini komen penuh Dato Seri Najib Razak:

“Lucu. Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka. Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.

“Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.

“Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen. Ataupun boleh buka browser dan Google cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan.

“Mereka tahu. Malah ramai pemimpin mereka bekas pemimpin kerajaan BN.

“Jadi mana satu penipuan yang mereka nak terus tegakkan sekarang? Kalau negara nak bankrap dulu, macam mana mereka boleh terfikir nak hapuskan tol? Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka. Demi siapa?

“Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa. Apakah kita terima begitu sahaja?

Sumber – FB Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here