Dakwaan Kes Rasuah RM5 Juta, Laporan Polis Dibuat Keatas Datuk Farid Kamil, Akan Dipanggil Polis

Ini satu lagi kes polis melibatkan pelakon popular tanah air iaitu Datuk Farid Kamil.

Pihak polis mengesahkan akan memanggil pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari berhubung satu report polis yang dibuat terhadap Farid Kamil berkenaan dakwaan cubaan dirasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Ini komen SAC Fadzil Ahmat:

“Dalam laporan polis itu, pengadu (Datuk Lokman Noor Adam) mendakwa telah melihat satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)”

Sehubungan itu, SAC Fadzil Ahmat berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat. Tambah SAC Fadzil Ahmat lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Dalam video yang dimuat naik dalam Youtube MyFokus Online pada 7 Nov lepas, Farid Kamil dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” mendakwa beliau cuba dirasuah dengan jumlah wang yang amat besar iaitu sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan terdahulu untuk memaafkan Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here