Da’i Farhan Cerai Isteri Pertama Malah Dikatakan Memukul, Kurung Fatin

0
4044

Belum pun reda dengan troll masyarakat tentang angka 18 membawa ke 19 yang menjadi jenaka di kalangan masyarakat selepas Dai’ Nik Ahmad Farhan telah memberitahu bahawa pintu hatinya terbuka untuk beristeri dua.

Dikatakan bahawa pertemuan itu berlaku di Kaabah dan dia tidak dapat menolak jodoh ke 19 nya itu.

Terkini, apabila sejak malam semalam apabila satu berita mengatakan bahawa Dai’ Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin yang sarat mengandung anak kedua mereka melalui WhatsApp voice note.

Ia didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil di laman Facebooknya yang mengesahkan sudah mendengar rakaman voice note yang dihantar oleh Farhan. Ternyata apa yang terjadi amatlah mengejutkan.

Dalam status di laman sosial Facebooknya lagi, peguam tersebut telah mendakwa bahawa Dai’ Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang kini sedang hamil lapan bulan anak kedua mereka dengan talak satu.

Antara alasan dia menceraikan isteri pertamanya adalah kerana Fatin nusyuz dan memfitnah suami.

Didakwa juga pada 22 November yang lalu Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Daie Farhan. Satu laporan polis juga telah dibuat oleh ahli keluarga.

Dikatakan Nik Farhan kini berada di China bersama isteri Kaabahnya.

Jika berberapa hari lepas, Dai’ie Nik Farhan telah membuat satu laporan polis serta mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya iaitu Chess Maliki yang didakwa memfitnah dirinya.

Sebagai rekod, Da’i Farhan ada tampil menjelaskan dakwaan berberapa individu yang juga merupakan rakan baik isteri pertama kerana mahu membalas dendam serta tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.

Disebalik kontroversi ini haruslah ustaz Farhan menjelaskan segalanya. Supaya masyarakat lain tidak akan bercakap tentang bukan-bukan dan kepada Fatin semoga terus kuat dalam menjalani ujian ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here