Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Saman Kawan Isteri Pertamanya

0
2439

Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang isu pendakwah popular iaitu Da’I Farhan yang dikatakan telah berkahwin dengan isteri kedua yang juga merupakan janda anak lapan.

Disebabkan kontroversi ini yang telah tular dan dikatakan telah jatuh sebagai fitnah, Da’I Farhan telah tampil membuat laporan polis serta tuntutan saman terhadap kawan baik isteri pertamanya, Ches Al-Maliki.

Individu lain dan juga Ches yang didakwa telah menabur fitnah terhadap dirinya serta turut tersenarai sebagai individu yang akan dikenakan tindakan undang-undang.

Kata Da’i Nik Farhan lagi, terdapat dua laporan polis telah dibuat bagi meneruskan tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka.

Ini komen yang diberikan oleh Da’I Farhan berhubung kontroversi ini:

“Alhamdulillah dah selesai semalam. Dua laporan polis dan dua tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia dan beberapa orang penfitnah tegar di media sosial yang telah disenaraikan nama-nama mereka.

“Semoga mereka berbahagia selalu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat,”

Nik Farhan telah pun memuat naik status tersebut  menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis harini.

Sebagai rekod, pendakwah Nik Farhan telah mendedahkan bahawa dirinya sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah pada dua bulan lepas.

Jelasnya lagi, tindakan dia memperisterikan wanita itu hanya kerana ingin menjaga kebajikan wanita tersebut berserta dengan lapan anaknya yang lain.

Disebabkan perkongsian posting itu Nik Farhan telah menjadi buah mulut dan perhatian ramai termasuk kawan rapat isteri pertama beliau iaitu Ches Al-Maliki yang kemudiannya membuat surat terbuka serta mendakwa kononnya perkahwinan Farhan dengan isteri keduanya itu terjadi tanpa pengetahuan isteri pertama.

Apa yang memeritkan apabila isteri pertama Da’I Farhan yang dikenali sebagai Fatin kini sedang sarat hamil anak kedua mereka dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here