Dah tua bangka pun gigih pakai macam ni – Netizen kritik Dynas Mokhtar

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar kini sedang hamil hasil perkahwinan terbarunya dengan Shazrik Din. Untuk pengetahuan, Dynas sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Dalam perkembangan terkini, ada satu gambarnya yang telah mencuri tumpuan netizen baru-baru ini. Ini apabila Dynas Mokhtar bertindak memuat naik sekeping gambar lama yang menunjukkan dirinya memakai pakaiaan paras atas paha dan agak terdedah.

Di post berkenaan, Dynas Mokhtar turut memuat naik kata-kata semangat untuk dirinya agar dapat menurunkan berat badan kerana ingin kembali berlakon selepas berpantang.

Ini caption dari Dynas Mokhtar:

“All motivated this morning..hopefully I can loose weight quick after LilP comes out so I’m all prepared to shoot Kl Gangster Underworld as Madam Wong straight after I finish pantang. #oldpicture,”

Akan tetapi, tindakan pelakon ini mendapat kecaman dari segelintir netizen apabila dilihat terlalu terdedah serta menimbulkan rasa kurang senang dari pada followernya.

Sehingga ada yang menyindir dan bertanya tentang agama Dynas Mokhtar.

Ada beberapa komen yang menjadi perhatian Dynas sehingga membuatkannya bertindak memberi respon balas kepada komen negatif netizen itu.

Kata Dynas itu adalah gambar lama sahaja atau orang kata ‘throwback’.

Ini antara komen negatif dan respon dari Dynas:

Walaubagaimanapun, ada juga peminat setianya yang menulis komen positif serta memahami tujuan Dynas berkongsi foto tersebut iaitu untuk kembali dapatkan bentuk badan serta berat badan yang ideal selepas melahirkan anak nanti.

Untuk pengetahuan, Dynas Mokhtar telahpun berkahwin dengan seorang pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lepas. Ini sekaligus menamatkan zaman ibu tunggalnya selama empat tahun.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas Mokhtar telah dikurniakan dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9 tahun, dan Mohamed Haqaish, 7 tahun.

Sumber: ASTRO GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here