Kali ini satu kesiah yang agak geli untuk orang biasa seperti kita. Ianya mengisahkan seorang lelaki yang menjadikan air kencing sendiri sebagai minuman kesihatan.
Perkara ini ternyata telah mengejutkan ramai pihak.
Lelaki berkenaan bernama Fabian Farquharson, berumur 37 tahun. Fabian memberitahu dia sudah membuat amalan minum air berkenaan sejak tiga tahun yang lalu.
Katanya, dia mula buat perkara berkenaan setelah terpengaruh dengan satu bacaan dari alam siber.
Fabian ada membaca tentang kelebihan air kencing menerusi internet dan mula terjebak mengamalkan perkara itu.
Sehak dari saat itu, setiap hari, lelaki ini akan meneguk air kencing nya.
Katanya ada juga air kencing yang disimpan dalam tempoh sebulan.
Fabian yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman, membuat dakwaan merasakan diriny asemakin sihat, gembira dan bijak apabila mengamalkan minuman itu.
Ini komen Fabian:
“Saya membuat pencarian mengenai perubatan alternatif dan membaca mengenainya.
“Saya memang berfikiran terbuka, saya cuba minum air kencing. Setelah percubaan itu, saya mula rasa hebat.
“Seolah-olah penuh dengan tenaga. Ia menjadi amalan harian saya. Anda pun patut cuba,”
Dalam pada itu, ada juga mengatakan sebenarnya tiada bukti perubatan mengatakan air kencing boleh membantu memberi kesihatan kepada tubuh badan apatah lagi ianya adalah sisa najis bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan lagi.
Sumber: Mirror / Mstar