“Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang?.. Ini respon balas wanita berkenaan

Pelakon Datin Elvina Mohamad baru saja melahirkan anak sulungnya awal Disember lalu.

Pasangan Elvina dan suami baru mendapat seorang cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember.

Namun Elvina dilihat sakit hati dan mendedahkan ada pihak ketiga cuba menganggu kebahagiaan rumah tangganya dengan suaminya bernama Datuk Mohd Haniff Borhan.

Elvina telah mempersoalkan wanita itu yang menggangu suaminya selain dia memuat naik gambar individu itu di Instastory.

Ini tulis Elvina kepada wanita berkenaan:

Girl. Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang? Memang taste lelaki orang ke macam mana?” tulisnya.

Elvina mendedahkan identiti wanita yang dipercayai menggangu rumah tangganya.

Menerusi satu lagi status yang lain, Elvina secara sinis telah memerli wanita itu yang disifatkan memang suka menjadi orang ketiga apabila bergambar dengan mural di dinding yang memperlihatkan pasangan kekasih membonceng basikal.

Oh faham. Memang suka jadi orang ketiga,” kata Elvina lagi.

Ini fotonya:

Untuk pengetahaun Elvina atau Norazlina Mohamad, 23 tahun, telah berkahwin dengan Mohd Haniff, 32 tahun, pada 18 Mac lalu.

Elvina sebelum ini pernah berlakon dalam drama seperti Cinta Si Wedding Planner, Suamiku Paling Sweet, Isteri Untuk Diiktiraf, dan Sejuta Rasa Buat Adelia.

RESPON BALAS WANITA BERKENAAN

menerusi laman IG, wanita berkenaan telah tampil menceritakan hal sebenar kepada Elvina. Sebenarnya wanita berkenaan menjual insurance kepada suami Elvina.

Dan tulisan love berkenaan bukanlah untuk suami Elvina tetapi adalah untuk bayi yang baru lahir itu.

Ini penjelasan dari pihak wanita berkenaan:

Itulah penjelasan lanjut dari pihak wanita berkenaan yang merupakan agen insuran yang berjaya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here