Makin banyak spekulasi yang timbul tentang jutawan kosmetik Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DS VIDA) setelah wanita ini tidak lagi muncul dalam mana-mana program TV seperti dulu.
Malah apabila semakin lama menghilang, ada yang mengatakan dia kini dihimpit masalah kewangan, terutama apabila isu melibatkan penglibatannya dalam mata wang kripto LaVida Coin dilanda masalah.
DS Vida tampil memberi respon balas dan telah menyangkal dakwaan berkenaan. DS Vida berkata dia masih meneruskan perniagaannya seperti biasa, dan ini termasuk ada mengeluarkan beberapa produk terbaru.
Ini komennya (via Astro Awani)
“Astaghfirullah. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial.
“Kalau nak berunding tiada follower, siapa yang nak beli,”
Pada September lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis agar semua kegiatan promosi berkaitan LaVida Coin dihentikan – kira-kira sebulan selepas ia dilancarkan.
Pada masa sama, DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy yang mempromosikan mata wang kripto itu dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC.
Pada masa sama, Vida menyatakan hasrat untuk sekali lagi menaja rancangan TV walaupun DS Vida ada masalah dengan juara terdahulu iaitu Aishah yang mempertikaikan hadia dari DS Vida.
Ini komen DS Vida:
“Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baru.
“Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ke,”
Oleh itu kini, DS Vida mengakui sedang mencari konsep rancangan yang baru yang lebih sesuai untuk ditajanya.
Dalam perkembangan terkininya, DS Vida juga ada memaklumkan bahawa dia sedang merancang untuk mengeluarkan single baru berkonsep cinta selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti.
Sumber: Awani