Dah kahwin akhirnya.. Ini komen Nelydia Senrose setelah sehari bergelar isteri

Dengan hanya sekali lafaz sahaja, pelakon popular Nelydia Senrose, telahpun sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, sekitar jam 3.28 petang semaalm (Sabtu).

Pasangan berkenaan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dan telah disaksikan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel, KL.

Majlis perniakhan telah dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Ini komen Nelydia Senrose setelah bergelar isteri kepada Hafez Halimi:

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah”

“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.

“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan”

Bwercerita tentang momen perkenalan, pasangan berkenaan bersua buat kali pertama pada tarikh 6 April 2017. Satu tahun kemudian Hafez halimi telah melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda. Memang romantik hehe.

Untuk pengetahuan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama hari ini, Ahad.

Nelydia Senrose juga berkata, satu majlis keraian akan turut diadakan di Kelantan pada musim Aidilfitri nanti.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here