Dunia seni hiburan dikejutkan lagi dengan isu curang. Kali ini ia berkenaan dengan seorang pelakon lelaki iaitu Ammar Asyraf.
Seorang perempuan yang bernama Elika Azman mendakwa bahawa dia pernah menjadi kekasih kepada pelakon tersebut dan hampir mahu berkahwin dengan pelakon itu yang juga merupakan suami orang.
Dikatakan juga bahawa Ammar sebenarnya sudah mempunyai dua orang isteri serta anak yang baru sahaja dilahirkan.
Gambar serta video yang dikongsikan oleh wanita tersebut jelas menunjukan ia adalah pelakon popular Ammar Asyraf. Disebabkan dengan tularnya berita tersebut, ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sendiri.
Ikuti pendedahan yang dilakukan oleh wanita ini :-
“Assalamualakum, mungkin apa yg akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak. Tapi demi Allah, apa yg i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yg selama ni i cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aib and nama beberapa pihak yg terlibat termasuklah diri i sendiri.
“I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup memberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana,”
“September, 2018, my relationship with this one guy yg bertatus suami orang bermula. I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari2 dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama2 i pun cair.
“Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama2 tu i terjatuh hati jugak dgn dia. So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy. Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu.
“Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan.
“Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam2 benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last2 minute dpt tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni.
“Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini.
“So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba2 dpt call dari dia.
“Niat i angkat tu sbnrnya nk bgtahu dia cancel jelah tp tiba2 kena tuduh dgn mama dia lepastu mintak i 100k lol,”
“I akan share satu2 sbb taknak ada mana2 pihak anggap i reka cerita. I, dia and Allah tahu apa berlaku.
“I berani share walaupun benda ni mengaibkan diri i jgak but i dh tak kisah dgn semua tu sbb i ingatkn i dh cukup teraniaya rupanya ada yang lebih menderita dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yg akan jadi mangsa. Stay tuned for more,”
Jika benar dakwaan ini seharusnya pihak Ammar Asyraf patut memberikan kenyataan balas.