Dah Ada PHD Tapi Kini Belajar MASTER, Kad Pelajar Siap Tulis ‘Dato’.. Netizen Persoal Dato Dr Boy Iman

Dato Dr Boy Iman selebriti yang pernah menajdi bualan ramai kerana beberapa kontroversi tak lama dulu. Dari isu majlis konvokesyen, pangkat Dato dan juga isu penipuan rumah, Boy Iman tetap teguh sebagai seorang ahli perniagaan dan selebriti yang popular.

Malah Boy Iman juga pernah tampil dengan lagu single berjudul Malas Nak Layan. Kalau ikutkan layan juga lagu ni.

Kini dah lama tak dengar kisah tentang Boy Iman sejak kebelakangan ini.

Namun buat pertama kali untuk tahun 2019, nama Boy Iman kembali hangat diperkatakan oleh netizen dan makcik bawang.

KAD PELAJAR MASTER

Kisahnya bermula apabila Boy Iman kini sedang melanjutkan pelajaran dalam master untuk bidang Pentadbiran Perniagaan. Tapi apa yang menjadi bualan ramai, kad pelajar yang tertera Master Eksekutif sedangkan sebelum ini beliau sudah mempunyai PHD.

Selain itu, Boy Iman juga dilihat tidak menyatakan nama universiti tempat dia belajar sekaligus membuatkan ramai tertanya kenapa perlu sembunyikan naam universiti.

Selain itu, netizen juga turut mempersoalkan nama pada kad pelajar Boy Iman yang jelas tertera pangkat Dato yang dimilikinya. Kata netizen, selalunya kad pelajar kebiasaanya mengikut nama kad pengenalan saja tanpa ada pangkat.

Gambar kad pelajar itu dimuatnaik oleh Boy Iman di laman IG miliknya semalam, dan terus viral.

Ini captionnya:

“Dapat student card membuatkan saya rasa macam satu “semangat” yang “luarbiasa” pada diri saya.

“Ini juga salah satu “azam di tahun 2019”. Doakan saya habis belajar ya walaupun saya agak sibuk dengan komitmen2 yang sedia ada.

“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. Imam Ghazali

“Knowledge is power!

Kita tunggu jawapan balas dari Boy Iman nanti.

Sumber: Ig Boy Iman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here