Tular di media sosial tentang pasangan suami isteri warga Singapura yang didakwa telah mendera anak mereka dengan pelbagai cara sehingga menemui ajal.
Pasangan ini telah memberikan kenyataan kepada pihak polis tentang kematian anaknya.
Difahamkan bahawa anak pasangan tersebut baru sahaja berusia lima tahun. Ayah kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Ridzuan Mega Abdul Rahman berkata:
“Anak saya merengek kesakitan dengan berkata ‘sakit, sakit’ ketika dalam perjalanan ke hospital,”
Pegawai polis telah membacakan keterangan ayah kanak-kanak mangsa dera itu di mahkamah semalam. Dia dan isterinya Azlin Arujunah dituduh kerana telah membunuh anak mereka.
Menurut sumber dari akhbar Straits Times ibu kanak-kanak tersebut telah memberi keterangannya kepada polis selepas tiga hari kematian anaknya berkata, dia langsung tidak berniat untuk membunuh anaknya.
Ini kenyataan dari Azlin lagi:
“Bagaimana saya mampu membunuh budak? Tengoklah badan saya yang kecil ini,”
“Saya tiada niat mencurahkan air panas ke atasnya jika dia berkelakuan baik kepada saya.”
“Jika saya berniat membunuhnya, saya juga akan membunuh anak saya yang lain, namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka.
“Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri,”
Kedua-dua suspek tuduhan membunuh anak sendiri ini juga akan menghadapi beberapa tuduhan seperti mendera dan mengurung mangsa dalam sangkar kucing serta mengepitnya dengan ragum dan telah memukul kanak-kanak itu dengan penyapu.
Pada15 Oktober dan 22 Oktober 2016 Azlin dan Ridzuan dikatakan telah mencurah air panas yang mengelegak terhadap anaknya itu lebih kurang empat kalii dan ujian telah menunjukkan bahawa tahap kepanasan air itu adalah 92.6 darjah Selsius.
Akibat didera dengan kerap, kanak-kanak malang tersebut telah jatuh terkulai sejurus didera buat kali terakhir.
Pasangan suami isteri ini dikatakan telah membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital namun telah terlewat selama enam jam dan akhirnya anaknya itu telah meninggal dunia pada 23 Oktober lalu.
Menurut ibu mangsa yang mendera anaknya itu, tujuan dia melakukan hal tersebut adalah kerana mahu mendisiplinkan anaknya yang nakal itu.