“Cukuplah kecam, mama dah tua” – Takut ibu jatuh sakit, Liana Rosli mohon maaf, minta henti kecam

Pengusaha kosmetik, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM merupakan anak kepad Normah Damanhuri dan juga kakak kepada Ahya Rosli yang mana majlis perkahwinan menjadi bualan ramai.

Sehinggakan ada gerakan dan kempen memboikot produknya disebabkan kontroversi tarian kontroversi ketika majlis perkahwinan Ahya Rosli, Sabtu lepas.

Liana Rosli berharap perkara itu tidak lagi terus berlarutan kerana apa yang berlaku di luar kawalan.

Dia juga memang tak sangka kontroversi berkenaan menjadi isu panas di laman media sosial.

Ini komen Kak KM:

“Gara-gara tarian itu, ada yang nak lancarkan boikot terhadap produk jamu saya, tapi macam tak ada apa-apa pun.

“Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja. Kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya nak besarkan anak-anak.

“Janganlah boikot-boikot. Kita sasa-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan,”

Sebelum ini telah viral satu rakaman video persembahan tarian ketuka makan beradab di majlis resepsi Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi.

Video berkenaan dimuat naik oleh Liana Rosli di Instastory dan terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-rata orang ramai telah mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari berkenaan yang amatlah tidak sesuai untuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, pengasas produk jamu ini berkata ibunya, Normah Damanhuri masih bersedih dan terkejut dengan kontroversi yang menjadi viral itu.

Kak Liana telah meminta maaf dan turut meminta netizen menghentikan kata-kata cacian dan kecaman kepada ibunya itu.

“Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral macam ni dia terkejut.

“Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi.

“Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka viral sampai macam itu,”

Ini video temubual dari mStar:

Pada Isnin, Normah mewakili keluarga membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here