Cuba Check Jalur Kat Earphone.. Ada 4 Fungsi Berbeza, Baca Info Ini

Terbaca satu artikel di portal Era.Je tentang jalur yang ada kat wayar earphone. Sebelum ini memang tak berapa nak perasan. Kalau perasan pun, tak tahu rupanya ada fungsi dan perbezaannya.

Kalau kalian perasan bila belek earphone tu, sebenarnya bicu audio ada jenis yang berbeza, ada yang mempunyai satu jalur, ada yang dua dan tiga jalur.

Ini perbezaan bicu audio 2 dan 3 jalur

Sebenarnya terdapat empat jenis bicu audio iaitu:

-TS (Tip and Sleeve)
-TRS( Tip, Ring and Sleeve)
-TRRS (Tip, Ring, Ring and Sleeve)
-Jenis USB

Jalur tersebut mempunyai fungsi menebat yang membezakan satu fungsi kepada fungsi yang lain.

Periksa dulu jalur pada earphone sebelum beli, ada 4 fungsi berbeza rupanya

TS (1 jalur)
Fungsi ini hanya boleh menyokong audio mono sahaja tanpa kesan stereo. Kebiasaanya didapati pada gitar elektrik.

TRS (2 jalur)
Fungsi TRS adalah menghasilkan audio-audio stereo yang membezakan bunyi antara fon telinga kanan dan kiri.

TRRS (3 jalur)
Kebiasaan digunakan pada telefon pintar moden. Mempunyai dua bahagian untuk audio (stereo) satu bahagian lagi untuk mikrofon. TRRS juga mempunyai fungsi untuk memberi isyarat seperti contoh menamatkan panggilan.

Jenis USB
Audio dan mikrofon disambung bersama ke bicu menggunakan penyambungan USB

Okeylah itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Jangan lupa check korang punya, tengok berapa jalur.

Sumber rujukan: Era.Je, Wiser.my, Geeksmate dan Headset Buddy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here