#COVID19 Hanya Seorang Sahaja iaitu Ketua Keluarga Dibenarkan Keluar Untuk Membeli Barangan Keperluan dan Ubat-Ubatan..

0
1609

Hari ini Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan bahawa selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, hanya dibenarkan seorang iaitu ketua keluarga sahaja yang keluar membeli barang barang keperluan dan ubat ubatan.

Namun sekiranya terpaksa bawa lebih, mereka perlu menjelaskan kepada pihak polis dan polis akan menggunakan budi bicara tentang panduan asas yang dilaksanakan tersebut. Individu tersebut juga perlulah mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan.

Sebolehnya, keluar rumah apabila hanya perlu saja dan jaga jarak sosial selain cuci tangan bagi mengelakkan jangkitan virus covid 19.

Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof, langkah langkah ini dilakukan bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan semua pihak terpelihara dari COVID-19.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here