#COVID19 Doktor Perubatan KKM Mangsa ke 9 Meninggal Dunia

0
828

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan 1 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9 orang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kematian ke-9 itu merupakan kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang merupakan doktor perubatan KKM.

“Kes jangkitan Covid-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliner) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit Covid-19.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020,” katanya.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here