#COVID-19 TUN M Jalani Kuarantin Secara Sukarela 14 Hari Di Rumah ..

0
444
Terbaru Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalani proses kuarantin secara sukarela di rumah selama 14 hari apabila  dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang telah disahkan positif COVID-19.
Beliau yang berusia 95 tahun dipercayai bergambar bersama dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, yang kini menjalani kuarantin di Hospital Umum Sarawak (SGH).
Di petik dari wawancara eksklusif bersama Buletin Utama di TV3; 
“Saya patuh (kuarantin) kerana amat penting dalam menangani masalah ini, kita berdisiplin.
“Ini pengalaman saya sekarang ini, terkurung di rumah tidak boleh keluar, tidak boleh jumpa sesiapa pun, tidak boleh bersalam dengan orang tapi alhamdulillah tidak begitu berat bagi saya.
“Kita sanggup menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Kalau kita buat demikian, kuranglah kemungkinan penyakit ini merebak kepada orang lain,” kata Tun Mahathir.
Malah, Tun M juga menasihati orang ramai supaya mematuhi peraturan kuarantin selama 14 hari.
Dr Yii disahkan positif COVID-19 pada 17 Mac, selepas berkontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu, yang disahkan positif virus tersebut pada 2 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here