#COVID-19: TERKINI 4 Angka Kematian Dilaporkan Menjadikan Jumlah Kumulatif Kes Kematian Sebanyak 8 orang di MALAYSIA – Ketua Pengarah Kesihatan

0
697

Hari ni angka kematian wabak Covid-19 semakin meningkat lagi kepada 4 orang. KKM melaporkan bahawa jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) orang sehingga kini. 

DIPETIK dari sumber facebook Ketua Pengarah Kesihatan, pertambahan kes tersebut adalah seperti berikut:

Kes ke 5 adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari.
Kes ke 6  melibatkan anak perempuan kes kematian kelima warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.
Kes ke 7 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.
Kes ke 8 pula melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.
Sumber : NOOR HISHAM ABDULLAH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here