COVID-19: Barisan FRONTLINER diberi Keutamaan Terima Bekalan Vaksin – Khairy Jamaluddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata bekalan vaksin awal COVID-19 dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dan keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

“Para petugas barisan hadapan (frontliners) ini meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen, termasuk akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi,” katanya lagi.

“Akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pendalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi dan akan diangkat sebagai keutamaan sejajar dengan COVID-19 ini dilihat sebagai satu keperluan asas awam atau public good,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan perlu membelanjakan RM3 bilion sebagai anggaran kos untuk memastikan 70 peratus rakyat Malaysia diberi imunisasi terhadap COVID-19.

“Saya telah memohon agar disediakan dana berkenaan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here