Cop Parking Perbuatan Jenayah, Ini Cara Nak Buat Aduan Jika Ada Yang Cop Parking

Kini memang ramai yang suka cop parking dengan cara berdiri di tempat parking kereta dan tidak memberi kereta lain parking untuk meletak kenderaan di tempat berkenaan.

Memang banyak kes yang telah berlaku termasuk beberapa video yang menjadi viral menunjukkan sikap sesetngah orang yang suka cop parking. Melalui satu perkongsian di laman FB, rupanya perbuatan ini merupakan satu kesalahan dan termaktub dalam undang-undang.

Ini perkongsian berkenaan:

Sebarkan: Perbuatan cop petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan JENAYAH dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
1. Whatsapp ke 011-5111 5252
2. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
3. Tel: 03-8886 6412.

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.

(Nota: Untuk makluman, saya telah terlibat di dalam bidang undang-undang selama lebih 20 tahun.)

Sumber: En.Sharul

Haa, amacam? Berani lagi ke nak cop parking. Sape kena tu bolehlah buat aduan, biar puak puak ni merasa kena denda atau penjara. Hehe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here