Comel ! Akhirnya Wajah Ismail Leon Didedahkan

Umum sudah pun mengetehui akan kemelut serta kisah kontroversi yang diantara bekas ratu cantk Moscow iaitu Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tiada lagi kesudahan.

Mengikut fakta, hasil perkongsian perkahwinan pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra. Jika sebelum ini Rihana Oksana tidak pernah mendedahkan wajah bayinya itu.

Terkini, apabila Rihana Oksana sendiri telah terbuka untuk berkongsi wajah anaknya yang dikatakan mirip seperti orang asia di laman sosial Instagram miliknya.

Ternyata hasil daripada perkongsian wajah Tengku Ismail Leon Petra itu telah mendapat pelbagai pujian daripada netizen mahupun peminatnya sendiri.

Wajah Tengku Ismail Leon Petra telah menambat hati semua orang yang melihatnya dengan wajah yang sangat comel itu. Ismail Leon dikatakan baru sahaja berusia 5 bulan.

Cerita kontroversi tentang maslah kemelut perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian khususnya warga netizen yang masih ternanti apakah yang sebenarnya telah berlaku diantara mereka berdua.

Menurut peguam dari pihak Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah pun memfailkan penceraian talak tiga ke atas bekas ratu cantik ini. Namun ia dinafikan oleh pihak Rihana Oksana.

Namun, ternyata ia adalah benar dan dia hanya mengetahui akan kes penceraian itu melalui internet .Disebabkan itu Rihana Oksana dikatakan telah menuntut sebuah banglow yang bernilai RM 41.2 Juta serta nafkah bulanan untuk Leon bernilai RM123 Ribu sebulan.

Rihana Oksana Petra juga telah mendedahkan bahawa dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya yang bernilai RM 1 Juta kerana terpakasa membayar bil perubatan hospital semasa melahirkan anaknya itu.

Bekas ratu cantik ini juga mendakwa bahawa anaknya serta dirinya sudah lama tidak berjumpa dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sejak dari bulan disember tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here