Cleopatra Dakwa Dipukul Bekas Suami Semasa Hamil

Tiba-tiba sahaja nama wanita yang dikenali sebagai Cleopatra menjadi buah mulut warga net malah ada juga yang menuduh bahawa wanita ini sebagai transgender.

Wanita dan juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi viral hanya kerana satu rakaman video yang menunjukan dia sedang berjumpa dengan Menteri Belia Dan Sukan Syed Sadiq atas urusan kerja.

Terbaru, apabila Cleopatra telah memuat naik satu status di Instagram miliknya dan mendakwa bahawa dia pernah menjadi mangsa penderaan rumah tangga pada tiga tahun lepas.

Ini adalah status posting yang dimuat naik olehnya:

“Setiap wanita mengimpikan perkahwinan yang bahagia kerana menjadi seorang isteri adalah anugerah yang begitu indah. Namun tidak semua impian itu menjadi realiti.

“Keganasan rumahtangga boleh merubah sebuah perkahwinan menjadi mimpi ngeri dan penjara abadi yang penuh penyeksaan. Ianya bagaikan penderitaan yang tidak bertepi tetapi terlalu peribadi dan sukar dikongsi.

“Hanya yang pernah melalui detik hitam ini akan memahami. Saya percaya ramai wanita di luar sana yang pernah atau sedang mengalami masalah ini,”

“Bukan bertujuan membuka pekung di dada tetapi mungkin dengan perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan menjernihkan nama yang tercalar.

“Isu ini saya paparkan di sini setelah menerima banyak permintaan daripada wanita-wanita teraniaya yang dahagakan keadilan. Pada sahabat wanita yang saya kasihi sekalian. Mari bangkit bersama.

“Usah diizinkan diri dan maruah terus dipijak si dia yang zalim dan kejam. Anda terlalu istimewa dan berharga. Anda tidak sendiri. Ramai yang akan menyokong dan bersedia membantu,”

“Hak ibu seperti saya dan anak-anak yang tidak kenal erti munafik manusia.Isu kaum hawa yang ditindas dan perlukan pembelaan. Isu keganasan domestik.

“InsyaAllah perjuangan yang bukan sekadar kata-kata. Semoga perjuangan saya dipermudahkan dan mendapat keberkatan Ilahi. Dengan Izin. Saya Cleo bersama anda wanita teraniaya. Itu ikrar saya,”

Menurut wanita itu juga ia merupakan ujian rumah tangga yang paling hebat pernah dilalui dalam hidupnya.

Cleo juga dilihat memuat naik laporan doktor berkenaan kecedaraan yang dikatakan telah dilakukan oleh bekas suaminya itu.

Menerusi laporan tersebut insiden itu terjadi sekitar jam 4 petang pada 20 Disember 2016 di rumah mereka di Ampang dan ketika kejadian berlaku dia hamil enam bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here