Cita-Cita Unik Anak Johan Bila Dah Besar.. Memang Rare Habis

Pelakon Ozlynn telah berkongsi kisah telatah anak-anaknya di sekolah. Isteri kepada Johan Raja Lawak ini memberitahu sekolah anaknya ada buat satu hari untuk para pelajarnya berpakaian bebas mengikut cita-cita sewaktu dewasa nanti.

Tetapi, apa yang menariknya, cita-cita anak ketiga pasangan ini cukuplah rare dan lain dari lain.

Salah seorang anaknya, Haziq yang baru berumur 6 tahun, telah menetapkan cita-citanya ialah ingin menjadi seperti ‘ayah’ nya, Johan. Anak ini tetap dengan pendirian mahu menjadi ‘ayah’.

Memang anak kecil ini seorang yang cukup memandang tinggi kepada Johan.

Walaupun puas dipujuk, namun Haziq  tetap tegas dengan pendirian dan Ozlynn terpaksa mengalah apabila menyediakan seragam seperti si ayah.

Ini pendedahan dari Ozlynn:

“Semlm kat skolah dorg kira hari berpakaian bebas mengikut apa yg dorg nak jd.. mcm doctor so pakai la baju doctor.. contoh..

“So ktorg dok tanya ariq, haziq n chantiq nak jadi apa.. tp jawapan yg paling best dr haziq.. dia ckp dh besar dh jadi AYAH..

“Sume bantai gelak.. abg ariq bgtau dia.. haziq.. sume dh besar nnt jadi ayah.. skrg nih mama tanya u nak jd apa.. sb nak siapkan baju u.. u nak jd doctor ke, pilot ke apa? Dia trus sound abg ariq balik.. eh betul la haziq ckp jadi ayah.. pastu g kerja @era.je muzik hit terbaik.. pegi skali ngan papa.. kan ke senang.. u yg tak tau nk jd apa.. jgn tuduh2 i abg ariq.. aduhaiii smp ke sudah dia ckp nk jd PAPA.”

“So esoknya bila nk siapkan g skolah.. dia melalak psl pemilihan baju.. kita dh siapkan dia baju mcm papa dia la… dia xmo.. dia ckp semlm papa ada pesan kt dia.. dia boleh jd apa yg dia nk ikut buku yg dia baca.. so papa suh dia jd spiderman.. So meraban la sume carikan baju dan mask dia.. nsb jumpa.. syg betul dia kt papa dia.. smp dgr apa yg papa dia suh pakai..

“Kakak chantiq nape pakai mcm tu?? Haaaa masak aku.. dia kata nk jd firefighter nk tlg org… ?.. dh mcm laki jugak pangai dia… ank2 korg mesti ada perangai2 pelik jugak kan?? Apapon kita mak2 juga hero rumahtangga.. sakit demam pun still bgn buat keje umah.. #selamathariwanita buat ibu2 semua

“p/s: jgn terpesona dgn spiderman yg costume sendat seksi tuh.. papa dia jeles nnt.. papa dia dh booked utk kemam kang… salam jumaat sume,” tulisnya panjang lebar.

Haha memang seronok betul dengar kisah anak kecil ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here