Cemas.. Nazim Othman selamatkan Mona Allen hampir lemas ketika berlakon

Pelakon Mona Allen melalui detik mencemaskan apabila dia nyaris lemas ketika menjayakan satu babak untuk drama berjudul Lara Syakila.

Mona dikatakan alami kekejangan ketika berenang dan meminta tolong dan akhirnya rakan pelakon Nazim Othman membantunya ketika sedang berada dalam keadaan cemas.

Menerusi laman Instagram milik Nazim Othman, pelakon berkenaan telah berkongsi rakaman video dia menyelamatkan Mona yang sedang terkapai-kapai dengan terjun ke dalam laut.

Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim berkata kepada portal mStar dan mengesahkan tentang kejadian tersebut dan memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ini komen Mona Allen:

“Ya… saya hampir lemas semasa penggambaran tadi. Tiada apa-apa kecederaan cuma kaki kejang sedikit.

“Sekarang ini semua okay, Nazim yang selamatkan saya,”

Dalam video berdurasi kurang dari satu minit itu, Nazim Othman dilihat terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Mona Allen yang menjerit minta pertolongan setelah kekejangan kaki.

Ini tulis Nazim di laman IGnya:

“Syukurlah semuanya ok. Tadi Mona Allen hampir mati lemas masa penggambaran. Kita orang dah cuak gila.

“Nasib baik saya dikurniakan kekuatan luar biasa untuk selamatkan dia. Semoga Mona Allen tahu erti bersyukur dan belanja saya makan lobster,”

Ini pula reply dari Mona Allen kepada Nazim Othman:

“Terima kasih duyung kayangan sebab selamatkan saya. Saya masih dalam trauma, bila trauma dah hilang saya akan belanja awak,” 

Isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu kini sedang menjalani penggambaran drama Lara Syakila di Pulau Langkawi, Kedah.

Selain Mona Allen, drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Nazim Othman, Ben Amir dan juga Ameerul Asyraf.

Syukur semunya selamat.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here