Cedera Parah Jatuh Dari Permainan Funfair

Bahaya ada dimana-mana sahaja dan tidak berbau. Kejadian terbaru melibatkan insiden permainan funfair.

Dilaporkan seorang wanita telah terjatuh ketika dia sedang bermain daripada salah satu permainan di funfair tersebut.

Salah seorang saksi kejadian memberitahu bahawa permainan ‘Airmaxx 360’ di Hull Fair baru sahaja bermula semasa kejadian malang itu.

Pihak polis Humberside di England telah memberitahu bahawa mangsa tersebut telah dikejarkan ke hospital berdekatan dan dalam keadaan parah.

Komen pihak polis tentang insiden ini lagi :-

“Ia ditutup dan pasukan kecemasan berada di sana. Ada banyak darah, nampak tak OK,”

“Seorang remaja lelaki cedera selepas dihempap mangsa yang terjatuh. Syukur dia hanya cedera ringan,”

Menurut saksi lain juga menyatakan bahawa wanita malang itu telah terjatuh dari ketinggian diantara 10 dan 15 kaki.

Jelas Ketua Polis Humberside, Inspektor Paul Kirby ada seorang wanita yang cedera parah petang ini di Hull Fair telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans yang ada.

Ketua Polis Humberside juga turut meminta semua saksi kejadian tersebut atau sesiapa sahaja yang mempunyai video insiden kejadian tersebut supaya tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

Alamak! Seram pula bila dengar kisah yang melibatkan kemalangan yang berlaku apabila bermain permainan funfair.

Sepatutnya orang yang pergi ke permainan funfair bertujuan untuk bergembira dan menenangkan fikiran namun sebaliknya pula terjadi.

Sesunguhnya kemalangan itu tidak berbau dan kita seharusnya mengambil pelbagai langkah keselamatan yang sewajarnya agar perkara yang tidak diingini tidak akan terjadi.

Jika anda mempunyai anak kecil sila pastikan anda mengawasinya dan tidak kurang juga dengan golongan dewasa. Sentiasa bersikap berwaspada dengan bahaya yang mungkin terjadi agar kejadian yang tidak diingini berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here