Caprice ‘Sekolahkan’ PU Amin

Pencetus Ummah Amin telah viral ekoran pertelingkahan dengan beberapa instafamous / usahawan selebriti baru-baru ini setelah dengan lantang menegur mereka. Ramai juga yang suka dengan cara lantang pendakwah ini. Namun ada juga yang tak gemar dengan cara ini.

Terbaru, Pencetus Ummah Amin ada memberi pandangan tentang malapetaka yang berlaku di negara jiran yang meragut banyak nyawa. PU Amin berkata ini mungkin antara amaran dari Tuhan kerana berlaku maksiat denga tempat kejadian.

Namun, penyanyi rap iaitu Caprice di lihat kurang bersetuju dengan pendapat ini. Bagi Caprice, PU Amin sepatutnya lebih sensitif kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa.

Ini komen Caprice:

“Salam PU, maaf caprice nak tegur secara buka… but your public tweet about the tragic events in Indonesia is truly uncalled for and really saddens me. Kita kene respect jugak the sensitivity to the families who have lost their loved ones.

“Sebab tweet ni, kalau PU baca comments kat IG / facebook, ade netizens yang pandai2 tambah cakap area ni memang ade ‘pesta’ and sebab tu lah kene tsunami.

“What if they are wrong? We should pray for the safety and well-being of our fellow Muslim brothers and sisters in Indonesia. Doa untuk mereka not make religious assumptions as to why this happened.

“Caprice harap PU teruskan giving reminders to our fellow Muslims. It is very good to remind… but at the same time, we must also practice humanity, humility, and compassion too. These are traits within Islam aswell. Salam.

Itulah respon dari Caprice kepada PU Amin tentang isu ini. Apapun semoha PU Amin teruskan berdakwah secara terbuka dan memberi peringatan buat semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here